fbpx

Remaja lelaki lari rumah, beri alasan mahu cari kerja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Ahmad Hasif.

SEPANG – Seorang remaja lelaki dilaporkan hilang dipercayai melarikan diri dari rumah keluarganya, di sini, sejak empat hari lalu.

Remaja dikenali Ahmad Hasif Mohd. Hafizi, 15, itu dilaporkan hilang oleh ahli keluarganya di Taman Dahlia, Bandar Salak Tinggi pada awal pagi Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Sepang, Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, laporan polis berhubung kehilangan mangsa dibuat bapa remaja itu di Balai Polis Salak Tinggi.

Beliau berkata, bapa mangsa mendakwa anaknya itu keluar dari rumah selepas menyedari mangsa tiada dalam bilik pukul 5 pagi Sabtu lalu.

“Bapa mangsa memaklumkan anaknya turut meninggalkan sekeping surat selain meminta duit RM50 dengan alasan mahu mencari kerja.

“Siasatan awal mendapati, mangsa dipercayai keluar dari rumah keluarganya antara pukul 2 hingga jam 5 pagi dan tidak membawa telefon bimbit.

“Mangsa adalah anak kedua daripada enam orang adik beradik dan masih bersekolah di Tingkatan 3 di Sekolah Menengah Kebangsaan Bandar Baru Salak Tinggi,” katanya ketika dihubungi, hari ini.

Katanya, mangsa mempunyai bentuk fizikal kurus, berambut pendek, bercermin mata dan pakaian terakhir adalah jersi berwarna biru serta membawa beg bimbit denga corak ‘Hello Kitty’.

Wan Kamarul Azran berkata, usaha mengesan mangsa masih diteruskan dan mangsa dimohon kembali ke pangkuan keluarga dengan segera. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI