fbpx

Ibu ‘buang’ anak di hospital 2 kali

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEORANG bayi lelaki yang baru dilahirkan di Hospital Sultanah Aminah, Johor Bahru 'dibuang' ibu kandungnya selepas wanita itu menghilangkan diri pada 17 Mac lalu.

JOHOR BAHRU – Seorang ibu sangup bertindak ‘membuang’ zuriat yang lahirkan apabila meninggalkan bayinya di Hospital Sultanah Aminah, di sini, 17 Mac lalu.

Perbuatan keji itu dilakukan wanita berusia 27 tahun kali kedua meskipun belum genap setahun melahirkan anak sendiri pertengahan tahun lalu.

Menurut Pegawai Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Johor Bahru, Adnan Md Yassin berkata, tanpa berfikir panjang, wanita warga tempatan itu menghilangkan diri selepas meninggalkan bayi lelakinya diberi nama Dharwin.

Ujarnya, mengikut maklumat, wanita berkenaan bertindak meninggalkan bayi itu di wad A4 hospital terbabit.

“Wanita itu pernah melakukan perbuatan sama apabila meninggalkan bayi lelaki yang dinamakan sebagai Damian di hospital selepas dilahirkan pada pertengahan tahun lalu.

“Akibat perbuatannya, masa depan Damian menjadi tanda tanya dan kini adiknya ditimpa nasib sama.

“Ibu mereka gagal tampil membincangkan masa depan kedua-duanya sehingga kini,” katanya ketika dihubungi, di sini hari ini.

Adnan berkata, Dharwin kini dibawah jagaan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) sehingga JKM mengurus permohonan sijil kelahiran manakala Damian berada di bawah jagaan JKM selama tiga bulan dan kini di bawah jagaan orang layak serta sesuai.

Menurutnya, pihaknya berharap wanita berkenaan dikenali sebagai M Yugesshini yang berasal dari Negeri Sembilan atau warisnya tampil membincangkan masa depan dua-dua bayi berkenaan.

“Perbuatan wanita itu menimbulkan kesulitan bagi permohonan sijil kelahiran selain dikhuatiri boleh menjejaskan masa depan dua beradik itu.

“Orang ramai yang memiliki maklumat berkaitan ibu kandung atau waris bayi itu diminta menghubungi Pelindung Kanak-Kanak, Zaid Ikhwan Lim di talian 07-2232606, 07-2232607 atau 0111-7535394,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI