fbpx

Lelaki baru keluar penjara ditangkap lagi edar dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
DADAH yang dirampas selepas menahan seorang lelaki di Jalan Banir Air Kuning dekat Tapah, semalam.- IHSAN PDRM

TAPAH – Meskipun pernah ditangkap atas enam kesalahan bersabit kes penyalahgunaan dan pengedaran dadah, seorang lelaki tidak pernah serik untuk melakukan kesalahan sama.

Kali ini, lelaki berusia 43 tahun yang baru tujuh bulan dibebaskan dari penjara kerana dikenakan perintah di bawah Langkah-Langkah Pencegahan Khas ( LLPK) dicekup dalam satu pemeriksaan di tepi Jalan Banir Air Kuning di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Tapah, Superintenden Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, lelaki itu ditahan pada pukul 11 malam ketika menunggang motosikal jenis Honda RSX.

Katanya, pemeriksaan ke atas beg silang berwarna hitam yang disilang di badan suspek menemukan dadah jenis heroin seberat 161 gram dan 1.5 gram dadah methamphetamine.

“Nilai harga keseluruhan dadah yang dirampas berjumlah RM5785 manakala ujian saringan air kencing yang dijalankan ke atas suspek mendapati positif methamphetamine.

“Suspek juga memiliki enam rekod kesalahan bersabit kes narkotik selain baru dibebaskan dari tahanan LLPK pada November lalu selepas dikenakan hukuman dua tahun penjara,” katanya di sini hari ini.

Menurut beliau, jumlah keseluruhan dadah yang dirampas boleh digunakan oleh kira-kira 200 orang penagih dadah dan siasatan awal mendapati dadah tersebut disyaki untuk diedarkan di pasaran tempatan.

“Suspek direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga Isnin depan dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI