fbpx

Hasanuddin dilantik Yang Dipertua Yadim baharu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hasanuddin.

PUTRAJAYA – Bekas Ahli Parlimen Hulu Langat, Datuk Hasanuddin Mohd. Yunus dilantik sebagai Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (Yadim) baharu berkuat kuasa 3 Mei lalu.

Yadim menerusi kenyataan memaklumkan, turut dilantik Profesor Madya Dr. Adi Anuar Azmin @ Che Wan sebagai Timbalan Yang Dipertua Yadim.

Menurut kenyataan itu juga, pelantikan kedua-dua jawatan bukan eksekutif itu telah dipersetujui Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Hasanuddin berpengalaman luas dalam bidang pengurusan dan hal ehwal masyarakat, sesuai dengan gerak kerja Yadim yang akan melibatkan dakwah kepada orang ramai.

“Beliau sebelum ini aktif dalam aktiviti kemasyarakatan selain terlibat dengan pertubuhan bukan kerajaan,” katanya, hari ini.

Yadim berkata, Dr. Adi Anuar pula merupakan pensyarah kanan di Universiti Malaysia Perlis yang bertugas di Fakulti Perniagaan dan Komunikasi.

Katanya, sesuai dengan penglibatan beliau dalam bidang pendidikan, lantikan ini akan membantu Yadim dalam melahirkan pendakwah muda di negara ini.

“Yadim percaya dengan pengalaman dan kepimpinan dua tokoh ini akan meningkatkan kemampuannya sebagai badan dakwah yang menyebar nilai-nilai murni Islam dengan rahmah sesuai dengan aspirasi Malaysia sebagai sebuah negara Madani,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI