fbpx

Coldplay pernah taja RM3.2 juta bersihkan sungai Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera Interceptor 005.

PETALING JAYA – Kumpulan muzik ternama dari United Kingdom, Coldplay sebelum ini pernah menaja mesin memerangkap sampah sungai “Interceptor 005” di Sungai Klang pada tahun 2022.

Coldplay pada tahun itu mengumumkan kolaborasi mereka dengan pertubuhan tidak berasaskan keuntungan Belanda, The Ocean Cleanup, dalam usaha mencegah sampah dan pencemaran daripada masuk ke laut.

Agensi antarabangsa melaporkan, Coldplay menyumbang AS$777,000 (RM3.2 juta) bagi jentera tersebut.

Difahamkan, itu adalah “Interceptor” kedua beroperasi di Malaysia selepas Interceptor 002 yang beroperasi di Sungai Klang pada Ogos 2019 lalu.

“Jika tiada tindakan, mungkin akan lebih banyak plastik daripada ikan di lautan pada tahun 2050. Maka sebab itulah kerja The Ocean Cleanup sangat penting.

“Kami bangga menaja Interceptor 005 yang akan memerangkap ribuan tan sampah sungai sebelum sampai ke lautan, ” kata mereka dalam satu kenyataan berhubung tajaan itu.

Menurut Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif The Ocean Cleanup, Boyan Slat, Malaysia adalah negara pertama yang akan menerima Interceptor 005.

Tajaan itu dipercayai membuatkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengalu-alukan kedatangan kumpulan muzik tersebut yang akan ke Malaysia pada November depan. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI