fbpx

Pengunjung restoran ‘melantak’ 300 ketam, 50 kotak durian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Sekumpulan pengunjung makan secara luar biasa di sebuah restoran di Qingdao baru-baru ini. - Bailu Video

BEIJING – Sekumpulan pengunjung di China mencetuskan kontroversi di laman media sosial selepas pergi ke sebuah restoran dan memakan lebih 300 ekor ketam, 80 cawan pencuci mulut, 50 kotak durian serta menu udang dan ikan salmon yang banyak dalam satu hidangan bufet, lapor laman berita South China Morning Post semalam.

Enam lelaki dan seorang wanita, yang semuanya berumur dalam lingkungan 20-an, pergi ke sebuah restoran hidangan bufet di Qingdao, wilayah Shandong pada pukul 5 petang (waktu tempatan) pada 3 Mei lalu. Mereka menikmati kesemua hidangan itu sehingga restoran ditutup pada pukul 9.30 malam (waktu tempatan).

Sebuah klip video yang disiarkan di laman media sosial menunjukkan mereka sedang ‘berpesta’ dengan hidangan yang memenuhi meja.

Seorang daripada mereka, Zhang, memberitahu laman berita Bailu Video bahawa dia dan rakan-rakannya mempunyai selera makan yang besar.

“Makanan laut musim ini masih mahal. Namun, kami semua mahu makan makanan laut, justeru, kami memilih restoran bufet makanan laut,” kata Zhang sambil menambah, masing-masing membayar 160 yuan (RM102.60) untuk makanan mereka.

Zhang bagaimanapun menegaskan mereka tidak makan secara berlebihan dan berhenti makan mengikut had selera mereka. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI