BIARPUN artis perlu tampil dengan imej dan gaya yang menarik ketika berada di hadapan umum, namun situasi itu sebenarnya merengsakan penyanyi, Solar.
Hal ini kerana, dia mengakui kurang gemar memakai cincin tetapi perlu menyarungnya acap kali ketika membuat persembahan.
Ujar Solar, dia selagi boleh mahu mengelak daripada memakai cincin sebagai aksesori hiasan kerana kurang yakin dengan jarinya yang dianggap tebal berbanding orang lain.
Disebabkan itu, dia tidak mempunyai banyak koleksi cincin berbanding dengan aksesori lain seperti subang telinga dan rantai leher.
“Saya ada masalah dengan jari sendiri. Sebab berasakan jari tangan saya lebih tebal berbanding orang lain, sekali gus nampak besar.
“Sebab itu saya tidak mahu tunjuk tangan kepada orang dengan kerap dan elak pakai cincin sekiranya boleh,” katanya.