fbpx

Berlakon ketika hamil sangat sukar – Andien Aisyah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Surga Di Bawah Langit merupakan filem pertama lakonan Andien Aisyah.

PETALING JAYA – Pelakon seberang Andien Aisyah mengakui pengalaman berlakon dalam filem Surga Di Bawah Langit ketika sedang sarat hamil merupakan suatu tugas mencabar dan tidak mudah untuk dilakukan.

Ujar pemilik nama lengkap Andiri Aisyah Hariadi, 38, itu, dia bagaimanapun tetap menerima tawaran untuk membintangi filem arahan pengarah Pritagita Arianegara itu kerana mahu menjadikan filem tersebut sebagai batu loncatan memperkenalkan namanya dalam industri perfileman.

“Filem Surga Di Bawah Langit merupakan filem pertama saya sekali gus menjadi pengenalan untuk saya menempa nama dalam bidang seni.

“Apabila saya ditawarkan untuk membintangi filem tersebut, saya tidak berfikir panjang walaupun ketika itu saya telah disahkan hamil anak kedua,” katanya.

Berkongsi tentang pengalaman yang dilaluinya sewaktu menjalani penggambaran, Andien memberitahu dia terpaksa berdepan dengan masalah seperti alahan, namun tetap bersemangat untuk memberikan yang terbaik.

“Ketika itu saya masih lagi dalam fasa awal kehamilan. Saya kerap berasa mual dan pening kepala. Tambahan pula cuaca ketika itu sangat panas.

“Namun saya tetap bersemangat untuk memberikan yang terbaik. Jadi saya harus kuat memandangkan ini merupakan filem pertama saya,” ujarnya.

Filem Surga di Bawah Langit menceritakan tentang pahit manis tiga sahabat sejak kecil yang berdepan realiti kehidupan terutama selepas masing-masing mula menginjak dewasa.

Kehidupan yang daif dan miskin mendesak mereka untuk bekerja dan mencari wang sendiri sejak kecil sehingga masing-masing terpaksa menelan segala kepahitan walaupun masih kanak-kanak.

Selain Andien, Surga Di Bawah Langit turut menampilkan pelakon handalan lain seperti Acha Septriasa dan Reza Rahadian.

Penerbitnya, Rio Silaen berkata, cabaran utama dalam menghasilkan filem tersebut adalah lokasi penggambaran yang terpaksa dilakukan di kawasan tapak pelupusan sampah.

“Filem ini mengisahkan tentang kehidupan kanak-kanak yang hidup susah ketika kecil. Jadi mereka tinggal di kawasan pelupusan sampah. Bau yang busuk adalah cabaran utama untuk semua pelakon, namun mereka berjaya mengharunginya dengan baik. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI