fbpx

Balutan muka diketawa ramai, pesakit mahu saman doktor

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Balutan pelik pada muka seorang lelaki di sebuah hospital menyebabkan orang ramai ketawa apabila melihatnya. - Thaiger

BEIJING – Seorang lelaki dari China berang apabila menjadi bahan ketawa orang ramai selepas  dia keluar dari bilik kecemasan dalam keadaan mempunyai balutan pelik pada mukanya, lapor laman berita Thaiger semalam.

Pada mulanya, lelaki itu tidak dapat memahami mengapa orang ramai ketawa sejurus memandang ke arahnya.

Namun, selepas melihat pantulan wajahnya di cermin, dia menyedari tentang keadaan balutan pada mukanya yang kelihatan pelik.

Insiden tersebut dilaporkan berlaku di sebuah hospital di wilayah Henan dan menyebabkan pesakit berusia 26 tahun itu sedang mempertimbangkan rancangan untuk menyaman doktor disebabkan keadaan balutan tersebut.

Lelaki berkenaan dirawat di wad kecemasan disebabkan kemalangan.

Beberapa individu kemudian dikatakan cuba menghiburkan lelaki itu termasuk meyakinkannya bahawa pembalut tersebut akan membantunya bernafas lebih baik, melihat lebih jelas serta memudahkannya untuk makan.

Ia sekali gus menyebabkan wajah lelaki itu menjadi tular dengan netizen memberikan pelbagai komen.

“Mentertawakan kesakitan orang lain memang kejam tetapi saya dengan rasa ikhlas memohon maaf kerana tidak dapat menahan ketawa saya,” kata seorang pengguna media sosial.- Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI