fbpx

PDRM nafi kenderaan plat ‘P 3’ ada 397 tunggakan saman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar video yang dimuat naik di aplikasi TikTok mengenai kenderaan yang mempunyai tunggakan saman, baru-baru ini.

KUALA LUMPUR – Polis Diraja Malaysia (PDRM) menafikan dakwaan terdapat sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mempunyai sebanyak 397 tunggakan saman berjumlah lebih RM100,000.

Jabatan Siasatan Dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Bukit Aman dalam kenyataannya berkata, pihaknya telah menjalankan siasatan dan membuat semakan saman PDRM ke atas nombor pendaftaran kenderaan tersebut.

Katanya, hasil semalam mendapati tiada sebarang tunggakan saman seperti yang dinyatakan.

“Sehubungan itu, JSPT menegaskan agar orang ramai tidak menyalahgunakan media sosial atau sebarang rangkaian komunikasi dengan mengeluarkan kenyataan tidak benar dan mengelirukan.

“Kesalahan ini boleh dikenakan tindakan di bawah Seksyen 233 Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 iaitu Penggunaan Tidak Wajar Kemudahan Rangkaian Atau Perkhidmatan Rangkaian,” katanya dalam satu hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, tular sebuah video di aplikasi TikTok mengenai sebuah kereta SUV bernombor pendaftaran ‘P 3’ yang didakwa mempunyai 397 saman berjumlah RM118,700. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI