Dewi Perssik masih bertegas dengan pendiriannya enggan melakukan pembedahan plastik atau mengubah wajah asalnya untuk tujuan kecantikan.
Bekas isteri Saipul Jamil ini sebaliknya mengakui menjalani rawatan pemindahan lemak ke wajahnya.
“Saya tidak buat pembedahan plastik, itu prinsipku. Saya hanya buat rawatan muka dan sekarang sedang proses sembuh selama dua minggu,” ujarnya.
Dewi enggan mengubah wajahnya kerana suka sesuatu yang semula jadi. Dia sebaliknya memilih pemindahan lemak ke wajah berikutan terdapat benjolan pada bahagian bawah matanya akibat kerap menangis.