fbpx

Cuaca cerah hampir seluruh negeri petang ini

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan.

PETALING JAYA- Cuaca cerah diramalkan hampir di seluruh negara petang ini, termasuk Sabah.

Dalam masa sama, amaran cuaca panas di sebuah negeri semenanjung turut dilaporkan.

“Di negeri Kelantan seperti di kawasan Tanah Merah dan Kuala Krai dijangka mengalami cuaca panas sehingga petang ini,” kata kenyataan itu.

Bagaimanapun, Jabatan Meteorologi (MetMalaysia) melaporkan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di jangka berlaku di negeri Sarawak sehingga pukul 7 malam ini.

“Antara kawasan yang terlibat adalah Kuching, Serian, Samarahan, Sri Aman, Betong, Sarikei, Sibu, Mukah, Kapit (Song), Bintulu, Miri, (Marudi) dan Limbang.

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI