fbpx

Umrah Via Vallen dikritik netizen

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VIA VALLEN.

PENYANYI dangdut Via Vallen menerima kritikan pedas daripada netizen gara-gara berkongsi foto dicium suaminya saat berada di hadapan Kaabah, ketika mengerjakan ibadah umrah baru-baru ini.

Menerusi perkongsian yang dimuat naik dalam Instagram, penyanyi berusia 31 tahun itu berkongsi momen indah saat berada di Tanah Suci bersama suaminya, Chevra Yolandi.

Bagaimanapun, niat Via untuk berkongsi kenangan ketika berada di Mekah menuai rasa kurang senang segelintir peminat, lebih-lebih lagi ketika rakaman momen romantik itu dibuat di hadapan Kaabah.

Rata-rata netizen menganggap tindakan penyanyi itu kurang manis, lebih-lebih lagi saat jemaah dari Indonesia pernah ditegur supaya tidak terlalu asyik bergambar ketika berada di Tanah Suci.

“Maaf ya, ini salah satu contoh orang Indo (Indonesia) apabila bergambar lebih penting daripada mengerjakan ibadah,” kata seorang netizen.

“Alangkah baiknya jika mahu bergambar begini dilakukan di luar kawasan, bukannya di hadapan Kaabah,” kata seorang lagi peminatnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI