fbpx

Seventeen cipta tradisi kumpulan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEVENTEEN.

KUMPULAN Seventeen meneruskan tradisi pertemuan bulanan bersama setiap ahli dengan mengadakan majlis makan malam.

Aktiviti yang sengaja dibentuk mereka sejak awal tahun ini ternyata berjaya memupuk semangat setiakawan dan ‘brotherhood’ bersama ahli kumpulan di luar waktu kerja.

Bulan ini, The8 dipilih sebagai penganjur dan dia telah memilih restoran serta kod pakaian dengan mengarahkan semua ahli hadir memakai jaket kulit hitam.

Semua ahli mesti wajib menghadiri pertemuan tanpa sebarang alasan. Mereka turut memperkenalkan sistem penalti bagi anggota yang lewat atau tidak hadir dengan sengaja.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI