fbpx

PM hadir Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 di Labuan Bajo, Indonesia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar berlepas ke Labuan Bajo bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail, hari ini.

PETALING JAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42, hari ini.

Anwar dalam satu hantaran di Facebooknya berkata, Malaysia bertekad utuh untuk terus memainkan peranan signifikan dalam keanggotaan ASEAN khusus melibatkan usaha-usaha pembangunan, ekonomi, sosio-budaya, keselamatan dan politik.

“Hari ini saya dan delegasi berlepas ke Labuan Bajo, Indonesia bagi menghadiri Sidang Kemuncak ASEAN ke-42.

“Insha-Allah, Malaysia juga akan sentiasa berusaha untuk memperkukuhkan hubungan bersama negara tetangga di ASEAN dengan berteraskan semangat MADANI dan gagasan ASEAN,” katanya, di sini hari ini.

Terdahulu, Anwar dilaporkan akan mengetuai delegasi Malaysia ke Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 dan Mesyuarat Berkaitan yang dijadualkan berlangsung dari 10 hingga 11 Mei ini di Labuan Bajo, Nusa Tenggara Timur, Indonesia.

Menurut kenyataan Wisma Putra, Perdana Menteri akan diiringi Menteri Luar Negeri, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir; Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Datuk Seri Tengku Zafrul Abdul Aziz; Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli dan pegawai dari Pejabat Perdana Menteri, Kementerian Luar Negeri, Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri dan Kementerian Ekonomi. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI