PHNOM PENH – Skuad badminton lelaki negara mara ke separuh akhir acara berpasukan selepas meraih kemenangan 3-1 ke atas Vietnam pada peringkat suku akhir Sukan SEA 2023 di Dewan Badminton, Morodok Techo sebentar tadi.
Perseorangan utama Malaysia, Leong Jun Hao mengutip mata pertama apabila menumpaskan Nguyen Hai Dang dengan keputusan straight set 21-14, 21-16.
Mata kedua berjaya dikutip hasil sumbangan gandingan Beh Chun Meng-Goh Boon Zhe yang menewaskan beregu Vietnam, Nguyen Dinh Hoang-Tran Dinh Manh dengan keputusan 21-19, 21-14.
Bagaimanapun, Lee Shun Yang, pemain ranking ke-93 dunia, gagal meneruskan momentum kejayaan itu selepas tewas kepada pemain nombor 163 dunia, Le Duc Phat, 13-21, 21-16, 7-21.
Dalam perlawanan terakhir, beregu kedua negara Chia Weijie-Liew Xun menundukkan Xun Nguyen Xuan Hung-Pham Van Hai, 21-14, 21-18, sekali gus mengesahkan tiket separuh akhir untuk Malaysia, esok. – KOSMO! ONLINE