fbpx

Dua rakan dipenjara lima tahun sebabkan kematian tanpa niat

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MUHAMAD Iman Divaharan (dua dari kiri) dan Suria Sekaran (tiga dari kiri) terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi Ipoh hari ini meminda pertuduhan daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat terhadap seorang lelaki, tiga tahun lalu.

IPOH – Dua rakan terlepas hukuman mati selepas Mahkamah Tinggi di sini hari ini meminda pertuduhan daripada membunuh kepada menyebabkan kematian tanpa niat terhadap seorang lelaki, tiga tahun lalu.

Hakim Bhupindar Singh Gurcharan Singh Preet sebaliknya menjatuhkan hukuman penjara lima tahun terhadap tertuduh, Muhammad Iman Divaharan Abdullah, 44, dan G. S. Suria Sekaran, 27, selepas kedua-dua mereka mengaku bersalah atas pertuduhan pilihan.

Mahkamah memutuskan hukuman penjara ditetapkan dari tarikh tertuduh ditangkap pada 8 Mac 2020.

Pertuduhan itu ditawarkan Timbalan Pendakwa Raya setelah representasi yang dikemukakan kedua-dua tertuduh kepada Jabatan Peguam Negara (AGC), telah diterima.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua lelaki terbabit didakwa dalam mencapai niat bersama membunuh Ling Hua Chai, 47, di hadapan sebuah premis karoke di Persiaran PM 2/5, Pusat Bandar Manjung, Seri Manjung pada pukul 11.30 malam pada 7 Mac 2020 hingga 12.20 pagi, 8 Mac 2020.

Kedua-dua mereka didakwa mengikut Seksyen 304 (b) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 10 tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.

Muhammad Iman Divaharan dan Suria Sekaran sebelum ini dibicarakan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan iaitu membunuh yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Khazrin Haffiz Khalil dan Nasrul Hadi Abdul Ghani manakala Muhammad Iman Divaharan diwakili Peguam Charan Singh dan Suria Sekaran pula diwakili Tun Mohamad Ammar Aziz. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI