fbpx

KPDN sasar 30 potensi francaisi baharu dengan pelaburan RM7.5 juta

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Fuziah (tengah) menyampaikan sijil kepada usahawan bimbingan KPDN di pekarangan sebuah hotel di Kuala Perlis, hari ini.

KUALA PERLIS – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menyasarkan sekurang-kurangnya 30 potensi francaisi baharu dengan nilai pelaburan RM7.5 juta menerusi program Jelajah Daya Niaga Francais Zon Utara, tahun ini.

Timbalan Menterinya, Senator Fuziah Salleh berkata, pihaknya yakin sasaran itu dapat dicapai menerusi 13 syarikat francaisor tempatan yang terlibat sama dalam program tersebut.

“Program Jelajah Daya Niaga Francais ini merupakan platform bagi usahawan francais dan peniaga untuk mempromosikan perniagaan mereka seterusnya menyumbang ke arah pengukuhan ekonomi negara.

“Program ini juga merupakan sinergi kepada inisiatif menangani kos sara hidup yang mana program Daya Niaga ini lebih mengkhususkan kepada usaha meningkatkan pendapatan rakyat,” katanya pada sidang akhbar di pekarangan sebuah hotel di sini hari ini.

Menurutnya, program itu juga bertujuan memberi pendedahan tentang sistem perniagaan francais serta pakej-pakej latihan dan pembiayaan yang disediakan kerajaan kepada bakal usahawan francais.

Jelasnya, program Jelajah Daya Niaga Francais yang pertama dilaksanakan KPDN pada tahun ini adalah penambahbaikan daripada program Franchise Bay sebelum ini.

Katanya lagi, sehingga 31 Mac lalu, sejumlah 693 francais telah berdaftar di Malaysia iaitu 58 peratus adalah jenama francais tempatan, manakala 507 lagi francais asing.- KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI