fbpx

Boleh guna air pili bomba untuk kecemasan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan. - FOTO MEDIA SOSIAL

KOTA BHARU – Air Kelantan Sdn. Bhd. (AKSB) membenarkan penggunaan sumber air dari pili bomba untuk tujuan kecemasan dan melibatkan kepentingan awam.

AKSB dalam satu kenyataan berkata, selaku pemegang lesen perkhidmatan air, pihaknya membenarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) untuk mengambil air bagi memadamkan kebakaran daripada sesalur air utama atau paip lainnya yang dipasang dengan pili bomba.

Menurutnya, perkara tersebut termaktub dalam Seksyen 42(1) Akta Industri Perkhidmatan Air 2006.

“Seksyen 23(1) Akta Perkhidmatan Bomba 1998 turut membenarkan pihak berkuasa air dan ejennya iaitu AKSB untuk menggunakan mana-mana pili bomba atau aliran air kepadanya.

“Selain itu, persefahaman dengan JBPM telah dibentuk berkenaan hal tersebut khususnya dalam menghadapi saat-saat kecemasan dan kepentingan awam,” katanya.

Media sebelum ini melaporkan, Ahli Parlimen Rantau Panjang, Datuk Siti Zailah Mohd. Yusoff didakwa mengambil bekalan air dari pili bomba tanpa pengetahuan AKSB untuk diagihkan kepada penduduk di Parlimen tersebut yang mengalami masalah air.

Siti Zailah bagaimanapun menafikan dakwaan tersebut dan perkara itu sudah berada dalam pengetahuan pihak bomba. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI