PETALING JAYA – Lembaga Tabung Haji (TH) menawarkan bayaran Dam dan Qurban di pejabat cawangan Tabung Haji (TH) atau melalui aplikasi THiJARI.
Perkhidmatan bayaran Dam dan Qurban melalui aplikasi THiJARI itu kini boleh diakses oleh para bakal jemaah haji yang akan melaksanakan Rukun Islam ke lima pada musim haji tahun 1444H/2023.
Pembayaran Dam adalah pada kadar RM725 bagi seekor kibas manakala pembayaran qurban ialah pada kadar RM900 untuk seekor kibas. – KOSMO! ONLINE