fbpx

Laungan ‘reformasi’ meriahkan tayangan perdana Anwar, The Untold Story

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin

KUALA LUMPUR – Laungan ‘reformasi’ bergema sebaik Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Dadi Cinema, Pavilion bagi menghadiri tayangan filem biopik Anwar, The Untold Story, pukul 8.15 malam tadi.

Kehadiran Anwar yang ditemani isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail nyata disambut meriah dan penuh bersemangat oleh ratusan tetamu jemputan lain.

Sejak petang lagi pawagam yang menjadi lokasi tayangan perdana filem berkaitan liku perjuangan tokoh politik tanah air itu dipenuhi penonton dan jemputan eksklusif.

PERDANA Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim beramah mesra dengan orang ramai ketika hadir menyaksikan tayangan perdana filem ‘Anwar The Untold Story’, di Pavilion Kuala Lumpur. Foto: SHIDDIEQIIN ZON

Antaranya Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil, Pengasas dan Pengerusi DMY Creation selaku pengedar filem, Datuk Mohamed Yusoff, penerbit dan pengarah, Datuk Yusof Haslam, penyanyi merangkap komposer, Datuk M Nasir serta penulis lirik, Datuk Habsah Hassan.

Penghibur nombor satu negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza yang membawakan lagu runut bunyi filem berkenaan , Menjaga Cintamu turut memeriahkan acara tersebut.

Filem arahan sutradara Indonesia, Viva Westi itu menggandingkan pelakon, Farid Kamil yang menggalas watak Anwar, manakala aktres terkenal Indonesia, Acha Septriasa berperanan sebagai Dr. Wan Azizah.

Selain Malaysia sebagai lokasi utama, Anwar, The Untold Story yang membabitkan kos sebanyak RM10 juta menjalani penggambaran di Indonesia.

Diterbitkan Yusrych Global dengan Zukiflee Anwar Haque atau Zunar sebagai penerbit eksekutif, naskhah berkenaan mengangkat perjuangan figura dihormati itu menentang gejala rasuah.

Berlatarkan tempoh antara tahun 1993 hingga 1998, filem biopik dinantikan ramai tersebut turut merungkai perjalanan hidup Anwar sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.

Filem yang diusahakan pembikinan sejak 2011 tersebut dijadualkan tayangan umum di pawagam di seluruh negara bermula 18 Mei ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI