fbpx

Lelaki pukul adik perempuan sehingga mati

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

KOTA KINBALAU – Seorang lelaki dipercayai memukul adik perempuan kandungnya sehingga mati dalam kejadian di rumah mereka di Jalan Signal Hill pada 4 Mei lalu.

Mangsa berusia 25 tahun berkenaan ditemui ayahnya pada pukul 4.30 petang dalam keadaan tertiarap dan tidak sedarkan diri selain terdapat kesan luka yang teruk dan berdarah di muka.

Mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Queen Elizabeth II (HQE ll) untuk rawatan lanjut namun disahkan meninggal dunia pada pukul 10.30 malam Sabtu lalu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Superintendan Kalsom Idris berkata, ekoran kejadian itu, polis menahan seorang lelaki berusia 26 tahun iaitu abang kepada mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian dipercayai dilakukan oleh abang mangsa. Mengikut keterangan daripada keluarga, hanya mangsa bersama suspek berada di rumah sewaktu kejadian.

“Punca kejadian dipercayai daripada pergaduhan di antara kedua-dua beradik terbabit berikutan mangsa dan suspek seringkali bergaduh. Namun, motif sebenar pergaduhan itu belum dapat dikenal pasti dan siasatan lanjut sedang dijalankan,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Mengulas lanjut, Kalsom memaklumkan tiada sanjata ditemui di tempat kejadian namun polis merampas dua bentuk cincin yang dipakai suspek.

“Suspek kini direman dan ujian air kencing mendapati suspek negatif dadah. Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh,” katanya.-KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI