fbpx

Kejuaraan EPL masih dalam jangkauan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ODEGAARD meraikan jaringan bersama rakan sepasukan ketika Arsenal menewaskan Newcastle 2-0 pada aksi EPL di St. James Park awal pagi semalam. – AFP

NEWCASTLE – Kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) masih berada dalam jangkauan Arsenal selepas mencatat kemenangan 2-0 ke atas Newcastle United pada perlawanan yang berlangsung di St. James Park malam kelmarin.

Meskipun pendahulu liga, Manchester City memiliki kele­bihan satu mata selain beraksi kurang satu perlawanan, namun kemenangan The Gunners sekurang-kurangnya memberi tekanan kepada mereka.

Pengurus Arsenal, Mikel Arteta menggesa barisan pemainnya supaya tidak mengaku kalah dan terus bekerja keras memberikan cabaran kepada City dengan saingan liga berbaki tiga perlawanan sahaja lagi.

“Kami berada di kedudukan yang dimahukan, jadi kami akan terus beri tekanan sehingga ­penghujung musim. ‘Kemenangan’ itu sudah hampir, jadi kami tidak boleh mengalah dan perlu mencuba.

“Satu-satunya perkara yang kami perlu lakukan adalah jangan pandang ke belakang lagi kerana kita sudah berada di penghujung musim. Setiap baki perlawanan sangat penting, jadi tunggu dan lihat apa berlaku,” katanya.

Pada perlawanan tersebut, Arsenal menjaringkan dua gol menerusi Martin Odegaard serta gol sendiri Fabian Schar meskipun Newcastle beberapa kali ­mengancam pintu gol The Gunners yang dikawal rapi Aaron Ramsdale.

“Kami sudah berjaya buktikan kemampuan pasukan pada perlawanan hari ini (kelmarin), jadi tiba masa untuk lakukannya ke atas Brighton pula nanti. Kami tidak mahu sia-siakan peluang yang ada,” ujar Arteta. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI