fbpx

Tidak selesa alasan enggan pakai pelitup muka

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Swee Sake (tiga dari kanan) pada Program Pematuhan dan Pemeriksaan SOP di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz, Ipoh. Foto - ZULFACHRI ZULKIFLI

Oleh ASLIZA MUSA

IPOH – Tidak selesa dan tidak biasa memakai pelitup muka.

Itu antara alasan diberikan orang ramai yang mengambil sikap ambil mudah tentang garis panduan pemakaian pelitup muka di tempat awam yang ditetapkan kerajaan bagi menyekat penularan Covid-19.

Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh (Operasi), Superintendan Lee Swee Sake berkata, alasan tersebut dikemukakan orang ramai semasa Program Pematuhan dan Pemeriksaan prosedur operasi standard (SOP) yang diadakan di Taman Rekreasi Sultan Abdul Aziz di sini.

Katanya, menerusi program tersebut, pendekatan berbentuk teguran dijalankan bagi mendidik orang ramai agar patuh kepada SOP yang digariskan Majlis Keselamatan Negara ( MKN).

“Sepanjang program hampir sejam ini, kita dapati ada dalam kalangan pengunjung dan peniaga yang tidak patuh kepada SOP terutama dari segi pemakaian pelitup muka dan penjarakan fizikal.

“Alasan mereka tidak memakai pelitup muka dengan betul adalah disebabkan kurang selesa dan tidak biasa. Ini yang kita katakan penghayatan norma baharu, jadi perkara ini perlu diterapkan supaya ia menjadi biasa,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Menurut beliau, program di lokasi riadah warga Ipoh itu akan dijalankan berterusan selain tumpuan kepada kawasan lain yang sesak dan sering dikunjungi orang awam.

Katanya, menerusi program itu, orang awam diberi teguran kerana selain petugas barisan hadapan, mereka juga memainkan peranan penting dalam mengekang penularan wabak berbahaya itu.

“Sepanjang program dijalankan hari ini, pihak polis dan Pejabat Kesihatan Daerah Kinta mengeluarkan tiga kompaun atas pelbagai kesalahan termasuk merokok di tempat awam,” katanya. – K! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI