fbpx

Bas terjunam dalam gaung ketika pemandu panaskan enjin

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Orang ramai mengerumuni lokasi kejadian sebuah bas yang terjatuh ke dalam gaung. - TikTok

JAKARTA – Video kemalangan sebuah bas yang meluncur ke arah sebuah gaung di Guci, Jawa Tengah, Indonesia tular di media sosial, lapor laman berita Liputan 6 semalam. 

Bas berwarna merah yang dinaiki sekumpulan penduduk dari Tangerang Selatan, Banten itu hilang kawalan dan terbabas sebelum jatuh ke dalam gaung. 

Seorang penumpang maut, manakala beberapa yang lain cedera dalam kemalangan itu 

Berpuluh-puluh penduduk setempat kemudian bergegas menyelamatkan mangsa-mangsa.

Berdasarkan maklumat yang dikumpul, kejadian itu bermula apabila pemandu bas memanaskan enjin di tempat letak kenderaan.

Pemandu itu kemudian meninggalkan bas dalam keadaan enjin dihidupkan. Bagaimanapun, bas itu tiba-tiba bergerak dan terjunam ke dalam gaung.

Berdasarkan data terkini, seorang mangsa masih mengalami kecederaan serius dan 35 yang lain hanya cedera ringan.

Mayat mangsa yang meninggal dunia akan dibawa ke kawasan pengebumian di Tangerang Selatan. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI

BERITA BERKAITAN