fbpx

‘Rafizi lebih bijak jadi pembangkang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Muhyiddin (tengah), Razali (tiga, kiri) dan Faizal (dua,kanan) bergambar kenangan pada Majlis Bersatu Beraya bersama Media di Wangsa 118, hari ini.

PETALING JAYA – Kerajaan menerusi Kementerian Ekonomi disaran memberikan tumpuan sepenuhnya kepada pemulihan ekonomi negara berbanding isu politik.

Ketua Penerangan Bersatu, Datuk Razali Idris berkata, kerajaan sepatutnya berusaha merancakkan kembali ekonomi terutama selepas pasca Covid-19.

“Apabila Kadar Dasar Semalaman (OPR) naik, ia akan menyebabkan harga barangan keperluan meningkat.

“Namun Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli cakap, rakyat tidak terkesan. Saya tak tahu apa maksud sebenar dan (kenyataan) itu nampak bodoh.

“Dahulu nampak bijak ketika jadi pembangkang, tetapi sekarang nampak kebodohan itu datang mengejut,” katanya ketika ditemui pada Majlis Bersatu Beraya bersama Media di Wangsa 118, di sini hari ini.

Turut hadir, Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu dan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

Mengulas berkenaan usaha untuk menggulingkan Kerajaan Perpaduan, Razali memberitahu, tiada perbincangan dilakukan parti Bersatu.

Menurutnya, pentadbiran Datuk Seri Anwar Ibrahim perlu yakin dengan majoriti 148 kerusi Parlimen dan tidak mendengar gosip murahan di luar.

“Saya nampak kerajaan perlu beri tumpuan pada ekonomi, jangan fikir pasal cakap-cakap di luar sebab Perdana Menteri sudah meyakinkan diri sendiri dengan jumlah sokongan 148.

“Jadi, jumlah itu memang payah nak goncang. Kita di Bersatu pun tidak pernah bincang untuk gulingkan kerajaan,” jelasnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI