fbpx

Agong dijadual lancar Minggu Perpaduan Negara

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Aaron (duduk, kiri) bergambar bersama Mohd. Shukri (duduk, tengah) dan pegawai kanan kerajaan di Kompleks DUN Perlis di Kangar, hari ini.

KANGAR – Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dijadualkan berangkat menyempurnakan pelancaran Minggu Perpaduan Negara peringkat kebangsaan di Kuching Waterfront, Sarawak yang bermula pada 21 Mei ini.

Menteri Perpaduan Negara, Datuk Aaron Ago Dagang berkata, Minggu Perpaduan Negara akan menjadi satu program signatur terbesar kepada kementerian yang akan meraikan kepelbagaian kaum, agama serta budaya masyarakat Malaysia.

“Program perpaduan ini juga bertujuan menjadi wadah mengeratkan dan merapatkan hubungan pelbagai kumpulan etnik serta kaum di negara ini, sesuai dengan temanya iaitu perpaduan dalam kepelbagaian,” katanya kepada pemberita di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Perlis di sini hari ini.

Tambahnya, program itu juga lebih menjurus kepada kembara perpaduan di bawah Kerajaan Madani pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim, sekali gus dapat mengecilkan jurang perkauman di negara ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI