fbpx

Dua maut, seorang cedera motosikal bertembung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Dua maut dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, Kampung Pisang, Yan pada malam semalam.

YAN – Dua penunggang motosikal maut manakala seorang pembonceng cedera dalam kemalangan di Jalan Sungai Dedap, Kampung Pisang, di sini malam semalam.

Dalam kejadian kira-kira pukul 9.15 malam itu, dua mangsa iaitu Nur Aina Ellysya Abdul Hadi, 13, dan Mohd Khatib Sharbini Tajuddin, 41, meninggal dunia di lokasi kejadian.

Seorang pembonceng yang merupakan adik perempuan kepada Nur Aina Ellysya berusia 11 tahun dilaporkan mengalami kecederaan.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, kejadian berlaku ketika motosikal jenis Honda EX5 ditunggangi Mohd. Khatib dalam perjalanan dari arah Sungai Limau Dalam ke Kampung Bahagia, manakala motosikal dinaiki dua beradik itu datang dari arah bertentangan.

“Sebaik tiba di tempat kejadian, motosikal jenis Yamaha Y15ZR yang dinaiki dua beradik itu masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan Honda EX5.

“Akibat rempuhan itu, kedua-dua penunggang motosikal meninggal dunia di tempat kejadian, manakala seorang pembonceng cedera,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Kata beliau, mayat kedua-dua mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Yan untuk bedah siasat.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI