fbpx

Alia Bhatt ‘sorok’ anak daripada paparazzi

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
ALIA BHATT

HINGGA ke saat ini pasangan popular yang baru bergelar ibu bapa, Alia Bhatt dan suaminya, Ranbir Kapoor masih teguh dengan pendirian untuk tidak mendedahkan wajah anak tunggal mereka, Raha yang sudah mencecah usia enam bulan.

Sehingga kini, tiada satu pun wajah si kecil yang dilahirkan pada 6 November 2022 itu beredar dalam laman sosial walaupun pasangan terbabit kerap membawanya keluar.

Baru-baru ini, keluarga popular itu turut ‘disambut’ sekumpulan paparazzi sekembali dari London. Netizen tetap pelik apabila tiada sekeping pun gambar Raha disebarkan.

Hakikatnya, rata-rata paparazzi menghormati permintaan aktres itu untuk tidak menyebarkan foto permata hati mereka kepada umum.

Alia pernah memaklumkan tujuannya berbuat demikian agar Raha tidak menganggap dirinya lebih istimewa berbanding kanak-kanak lain.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI