fbpx

Warga Myanmar, Vietnam terlibat sindiket dadah di P. Pinang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Mohd. Shuhaily ketika sidang akhbar rampasan dadah dan tangkapan suspek di IPK Pulau Pinang. - -Foto oleh IQBAL HAMDAN / KOSMO!

GEORGE TOWN – Sembilan individu termasuk enam warga asing ditahan polis selepas disyaki terlibat dalam sindiket pengedaran dadah dalam siri serbuan berasingan di negeri ini pada 2 hingga 6 Mei lalu.

Dalam serbuan yang dijalankan di pusat bandar, Ayer Itam dan Permatang Pauh di sini, polis turut merampas pelbagai jenis dadah bernilai RM274,482 yang dipercayai untuk pasaran tempatan.

Ketua Polis Negeri, Datuk Mohd. Shuhaily Mohd Zain berkata, penahanan sepasang suami isteri iaitu seorang lelaki tempatan dan wanita warga Vietnam berusia 32 serta 34 tahun dilakukan dalam siri tangkapan pertama pada 2 Mei lalu.

“Mereka ditahan di sebuah rumah di kawasan George Town kira-kira pukul 2.30 petang dan menerusi pemeriksaan di dalam rumah, polis menemui pelbagai jenis dadah bernilai RM9,198,” katanya dalam sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Pulau Pinang di sini hari ini.

Menurutnya, susulan daripada penahanan kedua-dua suspek itu, polis telah membuat serbuan kedua pada hari yang sama kira-kira pukul 6 petang di Ayer Itam dan menahan sepasang suami isteri warga Vietnam berumur 40 dan 42 tahun.

“Antara dadah yang dirampas adalah 490 biji pil ekstasi, pil eramin 5 sebanyak 240 biji, syabu (421.89g) dan ketamin seberat 48.12 g yang kesemuanya bernilai RM104,296,” ujarnya.

Menerusi siri tangkapan kedua, Mohd. Shuhaily berkata, polis menahan menahan tiga lelaki warga Myanmar berusia 22 hingga 26 tahun kira-kira pukul 5.05 petang di sebuah kedai mencuci kenderaan di Permatang Pauh, 5 Mei lalu.

“Polis berjaya merampas 45 paket lutsinar seberat 47 kilogram dalam stor di situ yang bernilai RM146,000. Siasatan lanjut, tiga suspek tersebut bekerja di situ dan mereka dipercayai menyimpan bekalan dadah milik sindiket tersebut sebelum mengedarnya untuk pasaran di sekitar daerah Seberang Perai Tengah (SPT),” katanya.

Dalam pada itu, beritahunya lagi, menerusi maklumat yang diperoleh, serbuan kemudian dilaksanakan secara berasingan di Perai dan Butterworth sekali gus berjaya menahan dua lelaki tempatan berusia 34 dan 46 tahun pada pukul 2 pagi, 6 Mei lalu.

“Polis merampas dadah jenis heroin seberat 1.81 kilogram yang bernilai RM14,988 daripada mereka. Susulan penahanan kesemua suspek polis turut menyita wang tunai, motosikal, kereta dan barangan kemas yang kesemuanya bernilai RM96,324,” katanya kesemua suspek kini direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan menurut Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Tambahnya, hasil ujian air kencing mendapati, dua daripada suspek didapati positif dadah manakala semakan rekod lampau pula menunjukkan empat daripada mereka mempunyai rekod kes jenayah serta dadah. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI