PETALING JAYA – Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) memaklumkan bermula tahun 2024, semua bil-bil bercetak di Perumahan Awam (PA) dan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar ibu negara tidak akan dikeluarkan lagi.
DBKL dalam satu hantaran di Facebook rasminya hari ini memberitahu, tindakan tersebut dibuat selari dengan sasaran pihaknya ke arah sifar kertas.
“Bil-bil akan dihantar secara atas talian melalui e-mel atau aplikasi WhatsApp.
“Sehubungan itu, penghuni di PA dan PPR diseru untuk mendaftar di E-Penghuni PA atau PPR bagi membolehkan penerimaan bil secara dalam talian (e-bil),” katanya. – KOSMO! ONLINE