fbpx

‘See My Level’ Diva AA inspirasikan Ashraf , Kowachee

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
BAIK Asyraf mahupun Kowachee, mereka tidak sabar menanti respons pendengar terhadap lagu See My Level.

KERJAYA seni Asyraf Nasir yang bakatnya dicungkil menerusi pertandingan hip-hop, RapStar terus cemerlang dengan beberapa lagu dan projek kolaborasi.

Selepas muncul dengan single 2PAI pada tahun 2021 dan Hati Terbaik (2022), Asyraf kini sekali lagi mempertaruhkan sebuah karya yang dijangka mampu mengukuhkan lagi nama serta kedudukannya dalam industri menerusi lagu berjudul See My Level.

Asyraf berkolaborasi dengan Kowachee yang merupakan bintang remaja yang semakin meningkat naik.

“Lagu See My Level adalah lagu untuk mereka yang ada ‘standard’ yang tinggi, seperti cogan kata yang dipopularkan oleh Diva AA (Azwan Ali).

“Kami iaitu saya, Shazee, dan Kowachee bersemuka dalam studio untuk lebih berbincang lebih mendalam.

“Pada era digital ini mungkin orang zaman sekarang lebih matang dan cepat memahami mengenai pelbagai perkara. Satu benda yang saya sedar, Kowachee sangatlah matang bagi umur dia. Macam bersembang dengan orang 20 tahun.

‘Kowachee matang’

“Tapi antara perkara yang kita faham sebagai seorang insan yang dah lama dan muda dalam industri hiburan ini, ada masa yang dia rasa tak boleh nak masuk sama pemikiran dengan mereka yang sama umur dengannya.

“Susah betul nak kaitkan, adalah kata-kata yang pertama dikeluarkan ketika lagu ini ditulis dan memang padan kenyataan ini dimulakan dalam lagu,” katanya.

Asyraf turut memuji sikap bakat Kowachee dan menyifatkan Kowachee penyanyi yang cepat ‘tangkap’ dan mudah faham sebarang tuntutan lagu.

“Kowachee orang yang cepat tangkap. Sebagai orang baru kiranya dalam bidang rap, dia ni memang faham mengenai penyampaian dan ‘flow’ dalam rap.

“Kadang-kadang orang dewasa pun tak dapat nak capai pemahaman yang cekap seperti itu,” jelasnya.

LAGU See My Level disifatkan sebagai sebuah karya untuk mereka yang ada ‘standard’ yang tinggi seperti cogan kata dipopularkan Diva AA.

Aura bertenaga

Berkongsi mengenai pengalaman bekerjasama dengan semua pihak yang menjayakan projek terbabit, Asyraf berkata, masing-masing memberikan aura yang bertenaga.

“Kita saling menjaga tenaga masing-masing. Sebab satu hari padat dengan penggambaran dari awal pagi hingga malam. Saya rasa yang paling memberangsangkan adalah bila kita ada Diva AA datang ke set sebagai penampilan istimewa,” katanya.

Sementara itu, Kowachee mengakui teruja dan paling menantikan lagu tersebut kerana dapat bekerjasama dengan Asyraf Nasir selain bersyukur dapat belajar menulis lirik sendiri di samping berpeluang bertemu dengan Diva AA sendiri.

“Sesi proses rakaman agak santai. Kami berkomunikasi bersama untuk membina idea. Saya juga dapat belajar sambil menulis lirik sendiri. Semasa proses rakaman lagu, ini pertama kali saya masuk studio. Sebelumnya, saya ada sesi berborak dengan penerbit dan Ashraf sendiri.

“Macam rakaman video muzik pula, alhamdulilah tidak ada pengalaman yang sukar.

Semua berjalan dengan lancar. Kru dan pasukan produksi pun sangat menepati waktu. Saya juga dapat jumpa Diva AA dan dia seorang yang sangat baik dan kelakar. Apa yang penting kami semua seronok dapat bekerjasama.

“Ini adalah pengalaman yang sangat berguna untuk rujukn penambahbaikan muzik pada masa akan datang,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI