fbpx

[VIDEO] Lelaki curi stok sotong, ikan direman

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Tangkap layar CCTV dua lelaki mencuri stok bekalan ikan dan sotong di hadapan sebuah kedai makan di Kompleks Perniagaan Guar Utama di Guar Chempedak, dekat Yan pada Khamis lalu.

YAN – Salah seorang suspek kes curi bekalan ikan dan sotong di hadapan sebuah kedai makan di Kompleks Perniagaan Guar Utama di Guar Chempedak, dekat sini pada awal pagi Khamis lalu ditahan pada hari sama kejadian berlaku.

Terdahulu, beberapa rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) memaparkan dua lelaki menaiki sebuah motosikal bertindak melarikan stok hasil laut itu yang diletakkan di hadapan sebuah premis tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Yan, Deputi Superintendan Shahnaz Akhtar Haji berkata, pihaknya menerima laporan berhubung kejadian daripada pemilik kedai makan itu pada pukul 8 pagi.

Katanya, kehilangan melibatkan empat kotak stok ikan dan dua kotak stok sotong yang berharga RM1,000.

“Susulan laporan itu, kita berjaya menahan seorang suspek berusia 25 tahun yang merupakan pekerja kilang di rumahnya di Kampung Datok Abdullah, Sungai Limau Luar di sini pada petang kejadian.

“Suspek mengaku melakukan perbuatan itu bersama seorang lagi rakannya yang telah melarikan diri sebaik menyedari perbuatan mereka itu tular di media sosial,” katanya di sini hari ini.

Menurutnya, suspek juga mengaku menjual hasil curi itu kepada seorang peniaga wanita pada harga RM150.

“Kita bertindak merampas semula stok sotong kira-kira tiga kilogram daripada peniaga wanita terbabit,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI