fbpx

Dua maut amukan ‘satria pedang’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SEBUAH trak polis berada dekat bangunan Parlimen wilayah Quebec di Bandar Raya Quebec semalam. - AFP

MONTREAL, Kanada- Seorang lelaki memakai kostum satria  pedang Zaman Pertengahan membunuh dua orang dan mencederakan lima yang lain dalam kejadian amuk pada perayaan Halloween di Bandar Raya Quebec, kata polis Kanada harini selepas memberkas suspek.

Serangan berlaku malam semalam di beberapa lokasi di kawasan Old Quebec, berhampiran kawasan tumpuan pelancong Chateau Frontenac dan Dewan Nasional iaitu Parlimen wilayah Quebec, kata polis.

Jurucakap polis Quebec, Etienne Doyon berkata, suspek merupakan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 20-an, bersenjatakan pedang dan memakai pakaian Zaman Pertengahan.

“Menurut maklumat awal kami, tiada bukti menunjukkan bahawa suspek bertindak atas sebab lain selain motif peribadi,” katanya.

Tiga saksi dipetik sebagai berkata oleh akhbar Quebec, Le Soleil bahawa penyerang itu menyembelih mangsa pertamanya berhampiran hotel Chateau Frontenac dan terdapat banyak kesan darah.

Lelaki itu kemudian meneruskan perjalanan ke Rue des Remparts di mana mangsa kedua dibunuh sebelum menuju ke kawasan Pelabuhan Lama dan mencederakan sebilangan mangsa lain.

Warga Quebec, Karin Lacoste berkata, dia meuju ke sebuah kedai serbaneka untuk membeli beberapa barangan sekitar jam 11 malam (waktu tempatan) apabila melihat beberapa anggota lengkap bersenjata dan memakai rompi kalis peluru.

“Seorang anggota polis itu memberitahu saya supaya pulang ke rumah kerana ada seorang pembunuh yang merayau mencari mangsanyadan dia telah membunuh orang.

Saya sungguh takut,'” katanya kepada saluran berita LCN

Suspek ditangkap awal pagi semalam susulan gerakan memburunya oleh polis.

Dia kemudian ‘diperiksa’ dan di hantar ke hospital untuk menjalani pemeriksaan sama ada menghidap sakit mental.

Polis masih belum mendedahkan identiti suspek. – AFP

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI