fbpx

Penjawat awam jatuh bankrap, ibu bapa malu mengaku anak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Gambar hiasan

PETALING JAYA- Seorang anak merayu supaya tidak dibuang keluarga selepas pihak bank mengisytiharkannya bankrap kerana gagal membayar pinjaman yang dibuat untuk membina rumah.

Menerusi perkongsian di Facebook Muflis Bankrupt Malaysia, individu tidak dikenali itu, meminta pendapat orang ramai berkenaan notis bankrupt yang difailkan ke mahkamah.

Menurutnya, dia membuat ‘loan’ sebanyak RM200,000 untuk membina sebuah rumah atas arahan ibu bapanya.

“Buat pinjaman sebab ‘parents’ suruh untuk mereka buat rumah, sebab saya seorang sahaja anak yang kerja kerajaan.

“Ibu bapa tahu saya telah jatuh bankrap, tetapi mereka kata itu tugas sebagai seorang anak. Kalau tak, mereka tak mengaku saya sebagai anak,” katanya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai memahami dan turut memberi pendapat tentang apa yang patut dilakukan.

“Jangan malu menghadap Insolvensi, Insya-Allah, kad bank atau akaun selesai,” komen Pemandu Acgas.

Perkongsian itu turut dikongsikan di Twitter dan menjadi tular sehingga mencecah 37,000 tontonan, 195 tanda suka dan 109 ulang ciap. -KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI