SHAH ALAM – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tetap dengan pendiriannya untuk tidak membenarkan pengeluaran khas Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP).
Anwar berkata, meskipun perkara tersebut akan dijadikan sebagai polemik politik pada Pilihan Raya Negeri (PRN), namun wang pencarum perlu dijaga untuk kegunaan masa depan.
“Bila ada desakan politik yang kuat untuk pengeluaran KWSP, saya mengambil keputusan yang tidak terlalu popular iaitu tidak membenarkan lagi kerana tugas dan janji ikrar orang yang mencarum itu adalah untuk masa depan.
“Bagaimanapun, pengeluaran itu dibenarkan sebelum ini berikutan wabak (Covid-19),” katanya ketika berucap pada majlis pelancaran Menara KWSP di Kwasa Damansara, di sini hari ini.