PENDANG – Kanak-kanak perempuan berusia empat tahun yang melecur sebahagian badan dipercayai akibat disambar api pelita minyak tanah ketika bermain mercun mancis dan bunga api pada 11 April lalu meninggal dunia, Jumaat lepas.
Mangsa, Nur Zatil Hidayah Mohd. Tarmizi, 4, menghembuskan nafas terakhir ketika dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah (HSB), Alor Setar, dekat sini kira-kira pukul 7 malam.
Nur Zatil melecur kira-kira 46 peratus pada anggota badan akibat insiden yang berlaku di tepi rumahnya di Kampung Senara, Kubur Panjang, di sini.
Ibu mangsa, Siti Aisyah Hasan, 33, berkata, anak perempuannya meninggal dunia selepas kesihatannya kembali merosot setelah dua hari sedar dan boleh makan seperti biasa. – KOSMO! ONLINE
Caption:
Siti Aisyah bersama dua anak lelakinya menunjukkan lokasi anak perempuan disambar api dalam kejadian di Kampung Senara, Kubur Panjang pada 11 April lalu.