fbpx

Perbaharui lesen 10 tahun: JPJ ada kaedah kesan pesalah – Anthony Loke

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anthony Loke menunjukkan lesennya yang baharu diperbaharui melalui inisiatif untuk tempoh 10 tahun di JPJ Seremban. -Foto oleh NOR AINNA HAMZAH/KOSMO!

SEREMBAN – Inisiatif pembaharuan Lesen Memandu Malaysia (LMM) untuk tempoh 10 tahun dengan kadar bayaran istimewa tidak akan menjadi penyebab orang ramai terutamanya pemilik lesen untuk terlepas dari melakukan kesalahan jalan raya.

Sebaliknya, Menteri Pengangkutan, Anthony Loke menegaskan, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mempunyai kaedah dan sistem yang mampu mengesan pesalah termasuk tindakan drastik seperti penggantungan lesen atau menarik lesen bagi kesalahan tertentu.

Menurutnya, Kerajaan memulakan dasar baru membenarkan pemegang-pemegang lesen memandu Malaysia untuk semua kategori di bawah LLM untuk mendapat diskaun 10 peratus sekiranya memperbaharui tempoh 10 tahun di mana tahun ke-10 diberikan secara percuma bagi kemudahan orang ramai.

“Cuma bayar RM270 berbanding RM300. Itu merupakan dasar baharu yang kita perkenalkan untuk memudahkan orang ramai. Saya banyak mendapat maklum balas dan permintaan orang ramai melalui media sosial untuk memanjangkan tempoh untuk memperbaharui lesen memandu mereka.

“Walaupun ada pihak dakwa dengan cara ini orang tak bayar saman dan sebagainya, kita (JPJ) ada cara lain, cara digital… Tidak bermaksud lesen tak perlu perbaharui 10 tahun akan terlepas dari sistem kita. Kita ada cara tersendiri menangani isu-isu penguatkuasa,” katanya ketika mengadakan lawatan ke JPJ Seremban, di sini hari ini.

Pada lawatan berkenaan, Anthony Loke mengambil peluang perlaksanaan inisiatif hari pertama pembaharuan lesen sehingga tempoh 10 tahun dengan memperbaharui lesennya mengikut tempoh berkenaan yang sudah pun tamat tempoh sejak 10 hari lalu. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI