fbpx

Penduduk Rembau desak segera baiki jalan mendap

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
FARHAN menunjukkan jalan mendap yang terputus hubungan di Kampung Kundur Hulu, Rembau semalam.

REMBAU – Penduduk di Kampung Kundur Hulu, di sini, mahu pihak berkaitan segera membaik pulih satu-satunya jalan keluar yang semakin mendap serta berisiko kepada penduduk.

Tinjauan ke lokasi mendapati, terdapat dua lokasi yang telah dipasang papan tanda amaran serta pelekat merah sebagai langkah berjaga-jaga.

Kata seorang penduduk, Farhan Kamaludin, 41, mereka tidak mempunyai pilihan selain jalan tersebut dan jalan itu rosak sedikit sejak bulan Ramadan lalu.

“Kita dah buat aduan dan mereka juga sudah turun padang tinjau kerosakan ini. Jalan ini masih belum lagi dibaik pulih.

“Terdapat lapan buah rumah serta satu inap desa yang masih beroperasi di sini dan kami terpaksa guna jalan ini setiap hari walaupun agak berbahaya,” katanya ketika ditemui di lokasi Kampung Kundur Hulu, di sini semalam.

Bagi pelanggan inap desa, Nik Hasma N. Hamat, 39, berkata, dia yang datang dari Shah Alam, Selangor bersama keluarga terkejut apabila laluan berkenaan dipasang papan tanda jalan ditutup.

“Saya harap segera diperbaiki kerana saya selaku pelanggan inap desa risau juga keadaan jalan yang tidak selamat itu.

“Apatah lagi penduduk yang terpaksa melaluinya hampir setiap hari,” katanya.

Sementara itu, Pegawai Daerah Rembau, Mohamad Najib Mustafa berkata, pihaknya sedia maklum mengenai masalah berkenaan dan sudah pun memohon peruntukan untuk kerja-kerja pembaikan.

“Bergantung kepada kelulusan, insya-Allah akan dibaiki apabila peruntukan diluluskan,” katanya.

Tambahnya, penduduk kampung diharapkan bersabar ke­rana segala usaha untuk membaiki jalan itu telah dibuat.

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI