PETALING JAYA – Gempa bumi sederhana bermagnitud 5.1 skala Richter telah berlaku di Luzon, Filipina pada pukul 7.36 malam tadi.
Jabatan Meteorologi dalam kenyataan berkata, pusat gempa bumi terletak 17.6 darjah Utara dan 122.3 darjah Timur dengan kedalaman 48 kilometer (km).
Katanya, gempa tersebut berkalu 65km Timur dari Tuguegarao City,Filipina.
Bagaimanapun, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia susulan gempa tersebut. – KOSMO! ONLINE