fbpx

Leeds tak minat ‘rantai’ Vardy

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
VARDY berjaya menunjukkan prestasi terbaik bersama Leicester setakat ini. - AFP

LEEDS – Pengurus Leeds United, Marcelo Bielsa tidak berminat mengubah taktikal permainannya semata-mata mahu mengekang penyerang prolifik Leicester City, Jamie Vardy menjelang aksi Liga Perdana Inggeris (EPL) di Elland Road awal pagi esok.

Bagaimanapun, pengendali berusia 65 tahun dari Argentina itu tetap menyedari ancaman yang mampu diberikan Vardy yang kini sudah merakam enam jaringan daripada lima perlawanan termasuk gol kemenangan ke atas Arsenal minggu lalu.

“Leicester adalah pasukan yang bila-bila masa sahaja boleh melakukan serangan walaupun mereka sedang bermain secara bertahan. Serangan mereka ha­nya tertumpu kepada Vardy.

“Ini kerana Vardy mempunyai kepantasan yang sukar dikejar oleh pemain-pemain pertahanan selain dia memiliki penyudah yang tajam.

“Namun, kelebihan Leicester sebenarnya ada pada semua pasukan di EPL. Jadi tidak perlu untuk saya mengubah corak permainan disebabkan Vardy, lebih baik saya kekal dengan taktikal dan identiti pasukan saya sendiri,” katanya.

Leeds kini menduduki tangga kesembilan dengan 10 mata selepas enam perlawanan, manakala The Foxes pula berada pada kedudukan keenam liga.

Bagaimanapun, Leeds terpaksa melupakan khidmat dua pemain, Diego Llorente dan Kalvin Phillips kerana kedua-dua­nya masih belum pulih daripada kecederaan menjelang aksi bertemu skuad kendalian Brendan Rodgers itu. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI