fbpx

Ulang tahun ke-40 Proton, Anwar ucap terima kasih kepada Tun M

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Anwar (lima dari kiri) ketika merasmikan model terbaharu Proton X90 hari ini.

KUALA LUMPUR – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan terima kasih kepada Tun Mahathir Mohamad atas sumbangan dan peranan beliau sempena sambutan ulang tahun ke-40 syarikat automotif nasional, Proton dan pelancaran model terbaharunya, X90 di Pusat Pameran dan Perdagangan Malaysia (MITEC) di sini.

“Bagi pihak kerajaan perpaduan sekarang, kita ucap terima kasih kepada mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

“Saya juga terkenang peranan sahabat saya, Allahyarham Tan Sri Yahaya Ahmad (Pengasas, Pengerusi dan Ketua Pegawai Eksekutif DRB-HICOM) atas keghairahan, obsesi luar yang luar biasa untuk menjayakan Proton,” katanya dalam ucapan perasmian yang diadakan sebentar tadi.

Proton ditubuhkan pada 1983, tahun yang sama Anwar dilantik sebagai Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, setahun selepas beliau menyertai UMNO.

Kali terakhir Anwar melancarkan model Proton ialah pada pelancaran Proton Wira di pasaran tempatan tahun 1994, sebagai Timbalan Perdana Menteri ketika itu.

Dalam ucapannya, Anwar turut mengucapkan terima kasih kepada pengurusan kanan, staf dan semua pekerja atas sumbangan mereka.

“Kami berbangga dengan anda dan kami berterima kasih.

“Proton kini telah memberikan dirinyanya dorongan, imej dan gaya baharu dengan Proton X90,” katanya.

Harga Proton X90 bermula daripada RM123,800.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI