fbpx

Sukan Karate jadi lubuk emas Malaysia

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
SHARMENDRAN (kanan) melakukan tendangan tinggi kepada Phanit dalam acara Kumite 75kg pada Sukan SEA Kemboja 2023 semalam.

KEM karate kebangsaan sekali lagi menjadi ‘lubuk emas’ buat kontinjen Malaysia selepas menyumbangkan dua lagi pingat emas pada Sukan SEA Kemboja 2023 di Pusat Konvensyen Chroy, Changvar, Phnom Penh semalam.

Seperti dijangka, kapten pa­sukan, R. Sharmendran berjaya mempertahankan pingat emas kategori Kumite 75 kilogram (kg) buat kali keempat selepas menewaskan wakil tuan rumah, Sot Phanith di pentas final.

Sharmendran yang juga pembawa Jalur Gemilang buat Kontinjen Malaysia pada upacara pembukaan temasya sukan dwitahunan Asia Tenggara kali ini mendapat tentangan sengit daripada Phanith sebelum meraih keputusan 6-5.

Kata Sharmendran, kemenangan yang diraih kali ini cukup manis terutama apabila Phanith berjaya bangkit menyamakan kedudukan pada 30 saat terakhir.

“Ketika kedudukan terikat 5-5, saya cuba untuk kekal tenang dan harus diakui 30 saat terakhir adalah detik mencabar.

“Boleh dikatakan ini adalah temasya Sukan SEA paling sukar buat saya kerana negara pesaing sudah tunjukkan peningkatan mendadak,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi atlet karate lelaki negara, H. Sureeya Sankar mengakui cukup teruja apabila dapat meraih satu lagi pingat emas Sukan SEA dalam karier­nya selepas mendominasi acara Kumite 60kg.

Sureeya yang menang acara Kumite 67kg pada edisi 2021 di Vietnam mengakui keputusan untuk tukar kategori ke 60kg pada edisi kali ini adalah tepat.

“Saya sangat berpuas hati dengan kemenangan yang diraih kerana bukan mudah untuk fokus apabila anda bersaing pada kategori berbeza.

“Saya yakin de­ngan keupayaan diri dan berjaya merekodkan keputusan positif 13-5 untuk menewaskan lawan. Ini hadiah buat ibu bapa saya yang hadir ke Kemboja,” kata atlet berusia 21 tahun itu berjaya menewaskan Ari Saputra dari Indonesia.

Kelmarin, kem karate kebangsaan menyumbang dua pingat emas menerusi C. Shamalarani bagi acara wanita Kumite 50kg dan Prem Kumar Selvam acara Kumite 55kg.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI