fbpx

Barcelona sia-siakan peluang kemenangan

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
TONGGAK pertahanan Barcelona, Gerard Pique (tengah) meluahkan reaksi kecewa selepas gagal menewaskan Alaves dalam saingan La Liga awal pagi semalam. – AFP

BARCELONA – Penyerang Barcelona, Antoine Griezmann mendedahkan, dia dan rakan-rakan sepasukannya tidak dapat menerima hakikat selepas gagal meraih kemenangan ke atas Deportivo Alaves apabila sekadar seri 1-1 pada aksi La Liga awal pagi semalam.

The Catalan perlu me­nyalahkan diri sendiri kerana gagal memanfaatkan peluang ke atas Alaves yang beraksi dengan 10 pemain selepas Jota dibuang padang pada minit ke-62 di Stadium Mendizorrotza itu.

Ketumpulan penyudah jentera serangan Barcelona juga dilihat sangat ketara apabila mereka cuma mampu meledak satu gol daripada keseluruhan 25 percubaan berbanding empat yang dimiliki Alaves.

Gol Barcelona dalam perlawanan itu diperoleh menerusi sepakan penalti Griezmann pada minit ke-63.

Lebih malang, Alaves terlebih dahulu membuka tirai jaringan menerusi Luis Rioja pada minit ke-31 selepas memanfaatkan kesilapan penjaga gol Barcelona, Neto.

“Kami sangat marah dan kecewa dengan keputusan ini kerana kami memerlukan tiga mata. Terlalu banyak peluang yang kami sia-siakan di hadapan gawang gol lawan dalam perlawanan ini.

“Saya juga perlu dipersalahkan kerana cuma berupaya menyumbat satu gol daripada deretan peluang yang dimiliki dalam perlawanan ini,” kata Griezmann.

Ia secara tidak langsung me­nyaksikan skuad bimbingan Ro­nald Koeman itu jatuh ke tangga ke-12 dengan ketinggalan lapan mata di belakang musuh tradisi, Real Madrid.

Lawan seterusnya buat Barcelona ialah Dynamo Kiev dalam aksi Liga Juara-Juara di Camp Nou pada Khamis ini. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI