AKTRES Gwyneth Paltrow mendedahkan pernah menolak lamaran cinta daripada aktor terkenal, Leonardo DiCaprio.
Pendedahan tersebut dibuat ketika dia dijemput sebagai tetamu dalam program, Call Her Daddy, baru-baru ini.
Kata Paltrow, dia menolak cinta pelakon filem Titanic itu kerana tidak suka dengan imej lelaki playboy yang ada pada dirinya.
“Percaya atau tidak, Leonardo DiCaprio pernah melamar saya untuk menjadi kekasihnya, namun sayang, cintanya ditolak.
“Saya tidak sudi untuk menjadi kekasihnya kerana imejnya seperti seorang kaki perempuan (playboy).
Ujar pelakon berusia 50 tahun itu lagi, dia mengetahui bahawa DiCaprio sememangnya seorang kaki perempuan sejak aktor itu berumur 19 tahun lagi.
Dakwaan Paltrow seakan-akan benar kerana sejak 22 tahun lalu, DiCaprio pernah dikaitkan dengan beberapa wanita hanya dalam masa singkat.
Sebelum ini, bintang berusia 48 tahun itu pernah menjalinkan hubungan cinta dengan ramai wanita termasuklah model dan juga pelakon jelita, Gisele Bundchen dari tahun 2000 hingga 2005.