fbpx

Lelaki maut pikap rempuh dua batang pokok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Keadaan pikap yang dipandu mangsa selepas terbabas dan merempuh dua batang pokok di Jalan Pujut 7, Bandar Baru Permyjaya di Miri awal pagi tadi.

MIRI – Seorang lelaki meninggal dunia selepas pikap dipandunya merempuh dua batang pokok di Jalan Pujut 7, Bandar Baru Permyjaya di sini pada awal pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba Sarawak berkata, kejadian dilaporkan kira-kira pukul 3.15 pagi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lopeng segera dikerahkan ke lokasi.

Katanya, setiba di lokasi didapati pikap yang dipandu mangsa berusia 44 tahun itu dipercayai terbabas sebelum merempuh dua batang pokok menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

“Pihak bomba menggunakan gergaji rantai untuk memotong dahan pokok dan menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa.

“Mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai perubatan,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Katanya, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI