fbpx

Prestasi Bayern mengecewakan walaupun menang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
MULLER menyempurnakan sepakan penalti untuk membuka tirai jaringan buat Bayern dalam kemenangan 2-0 ke atas Cologne kelmarin. – AFP

COLOGNE, Jerman – Juara Eropah, Bayern Munich terpaksa berhempas pulas mempertahankan kelebihan satu gol untuk meraih kemenangan tipis 2-1 ke atas Cologne pada aksi Bundesliga di Stadium Rhein Energie kelmarin.

Meskipun menguasai permainan, Bayern berdepan kesukaran dalam babak kedua untuk menembusi benteng pertahanan Cologne yang lebih banyak me­lakukan serangan sehingga berjaya menjaringkan gol pada lewat permainan menerusi Dominick Drexler.

Bagaimanapun, Bayern masih berjaya meraih tiga mata dalam perlawanan itu hasil dua gol pada separuh masa pertama menerusi Thomas Muller dan Serge Gnabry untuk mencetak kemenangan kelima dalam saingan Bundesliga musim ini.

“Kemenangan ini sangat berharga selepas kami melepaskan peluang untuk menjaringkan gol ketiga yang seterusnya boleh ‘membunuh’ perlawanan ini.

“Namun, saya akui kami tidak seharusnya berbangga dengan kemenangan ini kerana kami tidak menampilkan aksi yang bagus sepanjang perlawanan.

“Malah, kami banyak melakukan kesilapan termasuk mudah kehilangan bola yang boleh menyebabkan Cologne menjaringkan gol penyamaan,” kata Muller.

Kemenangan itu masih me­nyaksikan Bayern kekal sebagai pendahulu liga sementara pencabar terdekat iaitu Borussia Dortmund di tangga kedua selepas menang 2-0 ke atas Arminia Bielefled menerusi dua gol da­ripada Mats Hummels kelmarin. – AGENSI

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI