fbpx

Aiskrim Byakuya paling mahal berharga hampir RM29,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Byakuya tidak mempunyai tarikh luput. - Oddity Central

TOKYO  – Jenama aiskrim mewah Jepun, Cellato baru-baru ini menerima pengiktirafan Guinness World Records dalam kategori aiskrim termahal di dunia berharga 880,000 yen (RM28,958) untuk setiap hidangan, lapor laman berita Oddity Central

Produk aiskrim terbaru Cellato, Byakuya yang kaya dengan protein disahkan paling mahal di dunia pada 25 April lalu.

Aiskrim itu dibungkus di dalam kotak hitam dengan pembeli akan turut menerima sebatang sudu logam buatan tangan dari Fushimi, Kyoto.

Sebekas aiskrim Byakuya dengan isipadu 130 mililiter (ml) kini boleh didapati di laman web cellato pada harga 880,000 yen (RM28,958).

Truffle putih yang digunakan untuk membuat aiskrim itu diimport  dari Alba, Itali.

Aiskrim Byakura tidak mempunyai tarikh luput, tetapi Cellato mengesyorkan pembeli menikmatinya dalam masa 10 hari untuk tekstur yang terbaik. – Agensi

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI