fbpx

Pilih beli makanan, keluarga tak mampu baiki atap rumah usang

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Cik Puan Gojes melawat rumah Kausar Fatihah di Alor Setar, Kedah.

PETALING JAYA – “Selagi boleh sabar, kita sabar,” demikian kata-kata seorang anak dikenali sebagai Kausar Fatihah berhubung keadaan rumah kayunya yang usang.

Menerusi klip video dimuat naik di media sosial miliknya, kelihatan rumah yang didiami sangat daif selain keadaan atap bocor dan terpaksa menadah air bocor menggunakan bekas.

Difahamkan, rumah Kausar Fatihah terletak di Kampung Permatang Kong Atas, Alor Setar, Kedah.

Dia berkata, keluarganya tidak mampu untuk membaiki masalah tersebut berikutan ibunya hanya bekerja sebagai ‘cleaner’ (pembersihan) dan bapa pula Orang Kelainan Upaya (OKU).

“Kalau hujan lebat turun, kami adik-beradik kena siap sedia lah tadah air.

“Mak cakap nak baiki bumbung atau beli makanan, kami pilih beli makanan,” katanya di ruangan kapsyen.

Dalam pada itu, Kausar Fatihah menitipkan pesanan kepada mereka di luar sana agar bersyukur kerana berpeluang duduk dalam keadaan selesa.

Sementara itu, dalam perkembangan berbeza, pempengaruh media sosial, Cik Puan Gojes turut terpanggil untuk memberikan bantuan kepada keluarga berkenaan.

Menurutnya, sebanyak RM35,000 dana diperlukan bagi membantu keluarga itu untuk membaiki rumah usang mereka.

“Setakat pukul 12 tengah hari ini, kita sudah dapat kumpul dana sebanyak RM18,000. Doakan usaha murni kami,” ujarnya. – KOSMO! ONLINE.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI