fbpx

PM perlu fokus kemaslahatan rakyat – Hamzah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram
Share on linkedin
Hamzah (empat dari kanan) menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di Arena Astaka Batu Kurau hari ini. - Foto oleh WAT KAMAL ABAS / KOSMO!

LARUT – Utamakan rakyat dan selesaikan kemaslahatan yang sedang dihadapi serta tidak perlu bertanya mengenai sokongan Ahli Parlimen untuk dibawa ke Parlimen.

Demikian kata Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin ketika ditanya sama ada beliau akan membawa usul undi tidak percaya pada sidang Parlimen pada 22 Mei ini.

Setiausaha Agung Perikatan Nasional (PN) itu berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak seharusnya mengeluarkan kenyataan yang mengundang pelbagai persepsi berhubung perkara itu.

“Yang membangkitkan keraguan tentang kerajaan pada hari ini ialah rakyat. Sepatutnya sebagai Perdana Menteri, dia kena bekerja bersungguh-sungguh untuk menyelesaikan segala kemaslahatan yang sedang dihadapi rakyat terutama kos sara hidup yang kian meningkat,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Parlimen Larut di sini hari ini.

Pada masa sama, Hamzah berkata, sebagai seorang pemimpin nombor satu negara, Anwar tidak seharusnya mengeluarkan pelbagai kenyataan berkaitan jumlah sokongan Ahli Parlimen terhadap pembangkang .

“Jadi tak perlu nak tanya saya tentang berapa bilangan angka-angka ini, saya fikir yang eloknya untuk kalangan kita semua ialah bersabar dan lihat sahaja apa yang hendak kerajaan tentukan. Kalau rasa tidak berpuas hati, maka berdoalah kepada Allah SWT kerana Dialah yang akan menentukannya nanti,” katanya.

Semalam, Anwar dilaporkan mencabar mana-mana pihak yang mendakwa mempunyai sokongan cukup untuk menumbangkan Kerajaan Perpaduan untuk membawa usul berkenaan ke sidang Parlimen bulan ini. – KOSMO! ONLINE

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

TERKINI